Skip to main content

CARA SEMAK & PILIH TRAVEL AGENSI YANG BERDAFTAR (TRUSTED TRAVEL AGENCIES)

 


Bagi anda yang ingin melancong ke dalam negara ataupun luar negara, semestinya anda akan menggunakan travel agen. Tetapi sebaiknya anda membuat semakan terlebih dahulu tentang perkhidmatan travel agen yang anda gunakan. Di sini kami akan kongsikan cara semak travel agen dan juga senarai pakej yang tersedia, semoga membantu.

 

APA ITU TRAVEL AGENSI

Travel Agen juga dikenali sebagai ejen pelancongan, ialah orang atau kumpulan orang yang mempunyai peranan dalam mengatur atau merancang perjalanan/percutian. Jadi peranan ejen pelancongan adalah untuk membantu merancang, memilih dan mengatur percutian yang memerlukan atau memerlukan perkhidmatan ini.

 

CARA SEMAK TRAVEL AGENSI

Bagi menggelakkan anda tertipu dengan tawaran yang disediakan oleh agensi pelancongan palsu atau travel agen palsu ini, terdapat 7 garis panduan untuk anda membuat semakan iaitu:

  1. Pastikan Agen / Syarikat Mempunyai Lesen Sah
    • Pastikan agen atau syarikat yang berdaftar dan mempunyai lesen dengan MOTAC.
    • Syarikat yang menawarkan pakej percutian atau pakej umrah haruslah mempunyai lesen yang sah. Contoh nomboer lesen: KPL/LN 7017
    • Untuk membuat semakan online, anda boleh melayari laman web motac di pautan https://www.motac.gov.my/semakan/tobtab dengan memasukkan nombor belakang syarikat atau nama syarikat tersebut.
    • Biasanya; agensi atau syarikat yang berdaftar dengan MOTAC akan ada nombor pendaftaran lesen, pelekat rasmi kerajaan dan sijil lesen mereka dari pihak kementerian.
  2. Pastikan Syarikat Wujud / Masih Aktif
    • Anda boleh semak status syarikat tersebut mereka di laman web MOTAC atau hubungi mana – mana pejabat MOTAC untuk mendapatkan status syarikat.
    • Anda juga boleh rujuk kepada aplikasi MyMOTAC (Play Store / Apple Store) untuk senarai travel agen yang berdaftar dengan kementerian.
  3. Info Pakej
    • Pastikan info pakej yang ditawarkan adalah lengkap. Semak semua maklumat secara terperinci dan pastikan apa yang dimasukkan dalam tawaran mereka.
    • Perkara yang perlu diberi perhatian termasuklah:
      • Tiket penerbangan pergi dan balik
      • Visa (sekiranya perlu)
      • Jenis dan lokasi penginapan yang ditawarkan
      • Makanan (jika disediakan)
      • Itinerary penuh percutian / umrah
      • Insurans dan dokumen perjalanan.
  4. Terma dan Syarat
    • Pastikan anda faham segala terma dan syarat untuk pakej percutian atau pakej umrah yang diambil.
    • Pastikan anda fahami tentang bahagian pembatalan dan pampasan sekiranya anda membatalkan atau meminta penukaran tarikh dan sebagainya.
  5. Berurusan Di Pejabat Agen
    • Pastikan anda melakukannya di pejabat travel agen tersebut. Ini secara tak langsung boleh mengelakkan anda menjadi mangsa scam.
  6. Bayaran Dan Resit
    • Pastikan agensi tersebut mengeluarkan resit pembayaran yang diterima dan dinyartakan pada resit jumlah pembayaran bagi pakej yang dipilih
  7. Selalu Follow Up
    • Pastikan anda sentiasa dapat hubungi pihak agen sehingga kesemua urusan selesai.
    • Pastikan segala dokumen yang diperlukan seperti resit, tiket, tempahan hotel dan lain – lain berada pada anda sebelum anda terbang.

 

SENARAI TRAVEL AGENSI YANG TERBAIK

Berikut adalah merupakan senarai travel agensi yang boleh anda pilih & terbaik di Malaysia. Untuk melihat senarai pakej yang tersedia anda boleh merujuk website atau hubungi travel agen tersebut:

  1. Hana Travel & Transport Sdn Bhd
  2. Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd
  3. PST Travel Services Sdn Bhd
  4. Triways Travel Network (M) Sdn Bhd
  5. Intratama Travel Consultant & Tour Sdn Bhd (Pelayaran Islamik)
  6. Sri Sutra Travel
  7. Juara Travel & Tours Sdn Bhd
  8. Persada Oasis Travel & Tour Sdn Bhd
  9. Emraz Travel Sdn Bhd
  10. Corporate Information Travel
  11. Star Travel
  12. Hydramas Travel & Tours
  13. IBC Tours Corporation
  14. Tumpuan Vacation Sdn Bhd 
  15. Wira Saujana Travel & Tours Sdn Bhd 
  16. Wan Vacation Sdn Bhd (Selamat Bercuti)
  17. Mitra Malaysia Sdn Bhd 
  18. Malaysian Harmoni Tour & Travel Sdn Bhd 
  19. WSF Travel & Tours Sdn Bhd

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai cara semak syarikat travel agensi ini, anda boleh melayari website rasmi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC)

 


 

 

Sumber dari : semakanstatus.com

Comments