Skip to main content

10 Lagu Raya Aidilfitri Terbaru 2025

 

 

Mari kita tengok lagu-lagu raya terbaru Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2025 ini.

Lagu Raya Aidilfitri 2025

Pada setiap musim perayaan Hari Raya Aidilfitri, lagu-lagu raya baru menjadi fenomena yang sangat penting dalam budaya Malaysia. Lagu-lagu ini dihasilkan oleh pelbagai artis tempatan yang sering memaparkan semangat kegembiraan dan kebersamaan semasa bulan Ramadan dan ketika menyambut Hari Raya.

Keunikan setiap jenis lagu memberikan warna yang berbeza dalam perayaan Aidilfitri. Lagu-lagu raya baru membawa elemen yang unik dan kesegaran kepada perayaan, sementara lagu-lagu raya evergreen mengekalkan tradisi dan memberi sentuhan nostalgia.

Setiap tahun, ada beberapa lagu raya baru yang dikeluarkan, dan lagu-lagu ini sering menjadi perbualan hangat dalam kalangan masyarakat. Beberapa lagu yang mempunyai impak yang besar boleh menjadi lagu tema untuk sambutan raya, dimainkan di radio, dan juga menjadi pilihan utama dalam senarai main di rumah-rumah dan majlis-majlis sambutan.

Berikut adalah lagu-lagu raya yang terbaru pada tahun 2025 ini. Untuk dengar & lihat lagu, anda boleh klik di nama lagu dibawah:

1)  Dato' Sri Siti Nurhaliza - Raya Nak Ke Mana?

2) Haziq Rosebi & Ezad Lazim - Zapin Raya

3) Khalifah - Kini Syawal Menjelma

4) Achey - Kueh Raya

5) Nyam Nyam Ketupat - Zizan Razak, Wani Kayrie, Dinda Dania & Miss Alvy

6) Meriah Lain Macam - Hael Husaini & Nadeera

7)  Floor 88 & Baby Shima - Lagi Lagi Tak Dapat Raya

8) Iera Milpan - Meriahnya Hari Raya

9) MIMIFLY - SERUMPUN

10) Achey, Tantari & Baby Feaaa - Ragam Raya

Bonus :  Stylo Stylo Raya

 

Semoga anda terhibur & bergembira di Hari Raya..

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. 

Comments