Skim Perubatan MADANI merupakan satu inisiatif rintis oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia yang diwujudkan bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Sakit-sakit Ringan).
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kalangan B40 boleh mendapatkan rawatan di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar dibawah Skim Perubatan MADANI.
Lebih kurang 700,000 isi rumah boleh mendapatkan Rawatan Sakit-sakit Ringan yang diperlukan di GP secara percuma dan ianya dapat mengurangkan beban kos rawatan kesihatan disamping meningkatkan kesejahteraan golongan berpendapatan rendah.
Skim Perubatan MADANI memberi tumpuan kepada jalinan kerjasama diantara sektor awam dan swasta, terutamanya dalam penyampaian perkhidmatan Rawatan Sakit-sakit Ringan.
Kelayakan Skim Perubatan MADANI
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang.
- Kelayakan adalah secara automatik.
- Mereka yang layak WAJIB membuat pengisytiharan bahawa mereka TIDAK menerima mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti Skim ini daripada mana-mana skim majikan/kerajaan negeri/agensi perubatan lain.
Rawatan Sakit-sakit Ringan merangkumi:
- Demam dan Selsema
- Cirit Birit dan Muntah
- Terseliuh
- Sakit Kepala
- Trauma Ringan seperti luka ringan dan lain-lain
Rawatan yang tidak termasuk adalah 1) Imunisasi Rutin; 2) Saringan Kesihatan; 3) Rawatan Susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Rutin; 4) Rawatan Susulan Ibu dan Anak Rutin; 5) Perancangan Keluarga Rutin; 6) Perkhidmatan Rehabilitasi; 7) Permintaan Ubat tanpa konsultasi doktor; dan 8) Permintaan Suplemen
Langkah untuk Mendapatkan Rawatan Skim Perubatan MADANI
Langkah 1, Semak Kelayakan: Semak kelayakan anda di laman sesawang atau aplikasi MySejahtera.
Langkah 2, Hadir Ke Klinik: Hadir ke mana-mana GP yang berdaftar dengan Skim Perubatan MADANI (boleh dikenalpasti dengan pelekat Skim Perubatan MADANI) dengan membawa kad/dokumen pengenalan.
Langkah 3, Terima Rawatan: Jika anda layak, anda boleh dapatkan Rawatan Sakit-sakit Ringan secara percuma.
Langkah 4, Baki Manfaat: Had manfaat Skim Perubatan MADANI anda akan ditolak selepas anda selesai mendapatkan rawatan. Manfaat Skim Perubatan MADANI adalah tertakluk kepada Terma & Syarat oleh pihak ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. seperti yang dinyatakan di laman sesawang kami.
Semoga ianya sedikit sebanyak memberi manfaat kepada anda.
Comments
Post a Comment
Thank u for your comment..Have a nice day!!