JIKA habuk, gandum atau produk tenusu menyebabkan anda kerap bersin, terasa gatal, dan asyik tergaru-garu, anda tidak keseorangan. Ramai yang menganggap bahawa masalah gatal-gatal atau hidung berair yang dialami sekali-sekala lumrah hidup dan tidak perlu dibimbangkan. Lagipun keadaan kurang selesa atau sedikit gangguan ini tidak menghalang mereka daripada menjalankan tugas harian, baik mengemas rumah mahupun menjaga anak, atau giat bekerja dari pukul 9 pagi hingga ke malam. Namun bagi ramai orang di seluruh dunia yang mengalami alahan kronik dan berulang, serangan boleh berlaku begitu kerap dan serius sehingga mengganggu kehidupan mereka. Masalah umum yang disebabkan oleh alahan termasuk keletihan kerana gejalanya boleh mengganggu kelenaan tidur dan menyebabkan seseorang cepat marah, hilang tumpuan dan menjejaskan prestasinya di sekolah atau di tempat kerja. Kemunculan tanda-tanda ekzema atau rasa gatal-gatal juga memberikan kesan negatif terhadap keyakinan seseorang. Dalam