Skip to main content

Tip Melancong Ketika Off-Season


Meskipun waktu ‘low-season’ ini amat sempurna buat mereka yang mempunyai bajet terhad, dek kerana kekangan cuaca atau kurangnya kehadiran pelancong bakal menyebabkan beberapa aktiviti atau tarikan tidak beroperasi. Entri kali ini memberi panduan melancong ketika ‘off-season’.

*Jangan merancang percutian yang terlalu lama di sebuah destinasi sewaktu ‘off-season’. Kemungkinan faktor cuaca seperti angin monsun, hujan lebat berpanjangan atau panas yang melampau bakal memberikan percutian yang tidak begitu selesa.

*Jika anda merancang juga untuk bercuti dalam tempoh yang panjang, anda boleh membeli tiket penerbangan pulang setelah tiba di destinasi supaya anda dapat melihat dahulu keadaan cuaca di sana.Jika cuaca baik, maka anda boleh menambahkan lagi masa keberadaan anda di sana.

*Banyakkan aktiviti-aktiviti yang pasti boleh dilakukan pada sepanjang musim seperti makan-makan, mengunjungi pasar, ‘jungle trekking’, dan menyertai perayaan-perayaan setempat yang biasanya dilakukan di luar musim puncak. Semuanya mampu dinikmati dengan harga pakej yang jauh lebih murah.

*Kebanyakan waktu ‘low-season’ di Asia Tenggara bermula dari bulan Jun sehingga bulan Oktober. Pada waktu ini, kebanyakan hotel turut mengenakan harga yang murah buat pelanggan yang datang secara ‘walk-in’.

*Kurang pelancong bermakna lebih keselesaan bagi mereka yang suka mengambil foto. Mengambil foto selepas waktu hujan lebih menyeronokkan di mana tumbuh-tumbuhan kelihatan lebih segar dan hijau.

*Pastikan baju hujan sentiasa berada di dalam ‘backpack’ anda sebagai persediaan untuk hari hujan. Baju hujan juga lebih praktikal berbanding penggunaan payung dalam mengharungi hari hujan dan berangin.

*Elakkan berada di perairan dan laut ketika cuaca buruk bagi mengelakkan kejadian ribut dan laut yang bergelora. Sebaliknya, pilih aktiviti yang lebih menyeronokkan dan lebih selamat untuk dikunjungi.


Sumber : Libur